Tadi aku baru pas tgk streaming live Malaysia Vs Filipina...Berkesudahan seri 1-1...
memandangkan aku masih dlm mood bola....Aku tetiba terkenangkan Lagenda Bolasepak Negara-Alayarham Mokhtar Dahari...Beliau adalah seorang yg amat istimewa..Karisma beliau di atas padang mmg sape tak ble pertikaikan....
Walaupun hayatnya sudah bersemadi selama 21tahun...namun namanya masih meniti di bibir peminat2 sukan tanahair....Bakat semulajadi yg ada pd beliau mmg cukup istimewa...Pada usia 23 tahun,beliau yg terkenal dengan gelaran 'SUPERMOKH' diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai PENYERANG TERBAIK ASIA...
Kelebihan yg ada pd beliau sudah pastinya pada sepakannya yg deras bak peluru menjadi elemen penting sehinggakan 3 jari mendiang R.Arumugam bekas penjaga gol negara pernah patah kerana cuba utk menampan sepakan bola beliau...wahh..bayangkan betapa kuatnya sepakan 'supermokh' ni....Itu belum kira lagi, betapa liciknya dia meloloskan diri dr pihak lawan.....
Dgn 167 kaps antarabangsa, beliau berjaya meletakkan MALAYSIA di kedudukan tertinggi pentas bolasepak asia seterusnya membuka mata dunia hinggakan kuasa bolasepak dunia, skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya apabila diikat seri 1-1 hasil jaringan menakjubkan beliau...Tidak suka diganggu sewaktu sedang latihan, apatah lagi mengaitkan kemasyurannya dirinya di padang dgn kehidupan peribadinya menjadikan dia idola yg cukup diminati....
Kelibatnya di padang terlalu istimewa....Tiada galang gantinya sehingga kini.Namun...Dia telahpun pergi...Hanya kenangan dan kejayaan yg ditinggalkan utk tatapan kita semua...
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA...
AL-FATIHAH....