Bismillahirahmannirahim....
Dengan namaMU Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMU
Ingin aku berbicara dgnMu di setiap masa yg aku ada dandi setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
walau aku tahu Engkau sangat2 memahami dang mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu....
Malah Engkau lebih tahu segalanya ttg aku dan diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini....
Kerana Engkau lebih dekat dgnku drp urat leherku sendiri
Ya Rabbii..Sudilah pandang aku.....
Ya Rabbi...Izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku
Aku sering menghadapMu dgn wajah yg kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya diwaktu susah dan derita
Disaat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanyalah sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya....
Namun,di saat ini...Aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yg tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
ALLAH....Pandanglah aku dengan kasih sayangMu....
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu...
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut NerakaMu
Tapi,layakkah aku Ya Allah???
Ya Rabbii...Seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hambaMu yg hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu?
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu utk menemuiMu?
Atau....Menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
ALLAH.....Aku bimbang....
Aku gusar dan takut Ya Allah...
Apabila memikirkan saat itu....
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu
ALLAH,sukarnya utk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin aku buang jauh duniaku yg melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku utk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu...
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja....
Aku taku padaMu ALLAH tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu...
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu...
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu...
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya ALLAH, tetap memberi peluang utk aku kembali padaMu...
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku....
Aku takut Ya ALLAH...seandainya waktu aku tiba utk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yg mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yg Engkau beri kepadaku dlm keadaan yg terbaik?
Ya ALLAH...Aku bermohon kepadaMu....
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu...
Agar tersenyum aku pulang menghadapMu
Ya ALLAH...Terimalah taubatku...
Agar bercahaya wajahku dengan NurMu bertemu denganMu
Ya ALLAH, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...
TUHAN....Pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya ALLAH, dengarlah rintihan dan permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah CahayaMu kepadaku saat aku dipanggil pulang olehMu...
Amin Ya Rabbil Alamin.....
: : Ya ALLAH, Maafkanla...Bila hati ini tidak sempurna mencintaiMu... : :